Tuesday, December 1, 2009
Tarikh Seminar Pengenalan Disember 2009
8-12-2009 - Hotel Garden Batu Pahat
9-12-2009 - JB
15-12-2009 - Hotel Neo Pegasus Segamat
16-12-2009 - Hotel Anika Kluang
Kepada konsultan2 harap ambil perhatian dan pastikan anda masuk iklan metro untuk mengembangkan bisnes anda.
Sunday, November 29, 2009
Pinjaman AEON Credit
Bagi sesiapa yang prospek nya bekerja swasta boleh dapatkan pinjaman peribadi dari AEON Credit. Maksimum loan RM4999
Download maklumat tentang pinjaman link di bawah ini
Pinjaman AEON
Monday, November 9, 2009
Aktiviti Memasang Banner PPJ Di Segamat







Assalamualaikum..
Cuma nak kongsi gambar2 pemasangan banner Perintis Jutawan di sekitar Bandar Segamat. 2 lokasi yang telah kami pasang ialah
1. Traffic light Second Link Segamat ( Berhampiran Jakel )
2. Traffic Light Bukit Siput
Tukang panjat terdiri daripada
1. Najib
2. Khairul
3. Ridzuan
Semoga banner ni mendapat sambutan dan program PJ di Segamat akan dihadiri sekurang2nya 50 orang
Sunday, November 8, 2009
Inisiatif Lain Untuk Menarik Peserta
Saturday, November 7, 2009
Friday, November 6, 2009
Design Bisnes Kad Perintis Jutawan
Kad nama memainkan peranan penting untuk mempromosikan perniagaan kita. Jadi saya telah pun menyiapkan design Kad nama perintis jutawan, ia bukan sekadar kad tapi pengiklanan yang berkesan.
Bagi usahawan seperti kita, ia salah satu cara promosi dan memudahkan para pelanggan kita untuk menghubungi kita kembali. Bayangkan dengan modal serendah RM0.25 sekeping, anda berpotensi mendapat rakanniaga yang akan membantu anda menjana wang ratusan ribu ringgit malah mungkin jutaan ringgit.
Kad adalah salam ta'aruf atau salam perkenalan kita dengan para pelanggan. Samada kita berniaga atau bekerja, ia amat diperlukan. Ia merupakan 'pandangan pertama' para pelanggan terhadap perniagaan/diri kita.
Awas! Kad nama yang cetakkannya pudar, rekabentuk ala kadar, penggunaan warna yang tidak sesuai dengan imej perniagaan, penggunaan kertas yang tidak berkualiti akan memberi impak dan kesan negatif kepada perniagaan kita walaupun perkhidmatan atau perniagaan kita adalah yang terbaik. Pastikan kad nama kita 'menyerlahkan' kredibiliti diri dan perniagaan kita.
Tahukah anda? Berapa kad nama perlu diberi kepada pelanggan anda? satu? dua? tiga? Sebagai permulaan ketika bertemu, sudah tentulah hanya satu kad nama yang diberi. Sebagai ahli perniagaan sudah tentu kita mengharapkan pelanggan kita akan menghubungi kita bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan.
Bagi pelanggan yang 'slow' untuk menghubungi kita, kita digalakkan memberi satu lagi kad nama kita. Bukankah kita telah memberinya sebelum ini? Benar! Tapi kajian (oleh pakar motivasi) menunjukkan, kad nama yang diberi secara berulang-ulang lebih memberi kesan kepada pelanggan kita.
Kenapa? Kad nama sebenarnya adalah promosi perniagaan kita. Promosi yang dijalankan secara berulang-ulang sudah tentu memberi kesan. Sebab itulah iklan di televisyen ditayangkan berulang-ulang kali (kebanyakkan iklan, telah kita hafal dialognya!) Hebat bukan? Kesan dari promosi yang berulang-ulang akan menyebabkan pelanggan kita ingat nama dan syarikat kita. Seterusnya perkhidmatan yang kita tawarkan.
Sesetengah individu dan perniagaan, tidak perasan tentang promosi melalui kad nama. Kad nama dilihat sebagai maklumat asas sahaja. Tidak hairanlah bagi sesetengah orang, untuk menghabiskan 100 keping kad nama dalam setahun pun begitu susah. Akhirnya, perniagaan @ jawatan serta alamat telah berubah dan kad yang masih banyak terpaksa dibuang. Oleh itu, selalulah kita memberikan kad berulang kali walaupun kepada orang yang sama. Ingat, kad nama bukan sekadar kad, ia adalah iklan & promosi. (Kini! 200 keping bukan masalah untuk ANDA!)
Jadi di sini saya lampirkan design kad nama untuk Perintis Jutawan. Ahli-ahli Perintis Jutawan boleh mendapatkan kad ini dengan hanya RM50 ( 200 keping ).Sila buat bayaran kepada saya di akaun maybank 151306655532 (Mohd Najib Bin Asaddok)
Selepas buat pembayaran sila SMS nama penuh dan no tel anda yang hendak dimasukkan dalam kad nama pd no saya 013-7782030 (Emel : najib4040@gmail.com)
Monday, November 2, 2009
Tarikh-Tarikh Prebiu November 2009
Alhamdulillah Prebiu kita pada bulan Oktober 2009 telah berjaya diadakan dan beberapa orang telah mendapat pendapatan lumayan. Tahniah pada saudara Kasmi yang berjaya capai rank Director. Tak lupa penghargaan terima kasih pada penggerak utama program Kamal, Hafifi, Khairul, Imam Rahman, Kak Timah/Abg Musa, Kak Norizah&En Nassir.
InsyaAllah pada bulan November ini kita akan mengadakan sekali lagi prebiu Perintis Jutawan. Jadual adalah seperti berikut:
18/11/2009 Rabu - Hotel Seri Malaysia Johor Bahru
20/11/2009 Jumaat - Hotel Anika Kluang
21/11/2009 Sabtu - Hotel Neo Pegasus Segamat
24/11/2009 Selasa - Hotel Garden Batu Pahat
Kepada Konsultan jangan lupa untuk masuk nombor tel anda di iklan harian Metro. Saya amat galakkan setiap Konsultan masuk iklan untuk 2 keluaran. Konsultan lama pastikan juga rakaniaga baru anda masuk untuk 2 keluaran.
Tarikh Iklan - 10/11/09 dan 17/11/09 (Selasa)
Due Date Untuk Bayaran - 5/11/2009
Harap dapat selesaikan iklan cepat untuk memudahkan pengurusan.
Bank in ke akaun saya Maybank 151306655532 Mohd Najib Bin Asaddok
Selepas bank in harap SMS utk maklumkan pd saya - 013-7782030
Kerjasama anda amat saya hargai. Semoga semua Konsultan dan Rakaniaga PPJ akan berjaya !!
Sunday, October 25, 2009
Pandangan dan Cadangan
Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua mastermind PPJ Kamal,Kasmi,Khairul, Imam Rahman, Hafifi, Kak Timah&Abg Musa serta Kak Norizah & En Nassir. Akhirnya kita selamat mengadakan Prebiu Perintis Jutawan. Alhamdulillah dari jumlah kehadiran amat menggalakkan walaupun baru pertama kali kita adakan. Di JB kehadiran lebih kurang 50 org dan di Segamat melebihi 20 orang.
Dari kedua-dua prebiu nampaknya sudah terasa bahang kehangatan Perintis Jutawan tetapi sudah semestinya ada beberapa kelemahan kecil yang perlu kita perbaiki bagi memantapkan lagi program kita ini.
Jadi saya amat menghargai cadangan atau pandangan dari sahabat2 sekalian untuk sama2 menyumbangkan idea bagi memantapkan lagi program kita pada masa akan datang.
Jadi saya amat menggalakkan supaya anda menghantarkan cadangan/komen ke emel berikut
Kita juga akan mengadakan post mortem dalam masa terdekat. Tarikh akan diberitahu kemudian. Segala pandangan dan cadangan akan dikumpulkan dan dibawa ke post mortem kita
Wednesday, October 14, 2009
Friday, October 9, 2009
Iklan Perintis Jutawan @ Harian Metro 13/10/2009
Wednesday, September 30, 2009
Program Briefing JB 31/09/09
Alhamdulillah program briefing utk Program Perintis Jutawan telah berjaya dilakukan di Restoran Vanavil JB. Terima kasih kepada konsultan dan para AJK yg dapat hadir. Segala pendapat dan komen dari anda semua amat dihargai demi untuk memantapkan program Perintis Jutawan. Segala persiapan telah pun disiapkan dan tinggal menanti hari untuk melancarkan program ini sahaja.
2 perkara yang perlu diingatkan ialah bayaran untuk Baju Korporat dan iklan. Harap dapat dijelaskan dengan segera untuk memastikan program berjalan lancar. Pendapat dan komen dari anda semua adalah diharapkan.
Sunday, September 27, 2009
Di Mana Tahap Kewangan Anda?
Baru-baru ini slot Radio saya telah bertukar dari rancangan "Yo!"
kepada "Irfan on Air". Irfan on Air berkonsep seperti blog anda
baca ini, menyampaikan tip perniagaan, kewangan dan juga motivasi
cara santai dan insyaallah happening! Saya juga membuka talian
telefon untuk pendengar radio24 berkongsikan pengalaman, tip atau
pun soalan bersama saya :)
Semalam di Radio24, program "Irfan on Air" (Setiap hari Khamis
2.15pm) saya kongsikan mengenai 4 tahap kewangan seseorang itu.
Berikut adalah 4 tahap tersebut...
#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)
Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun.
Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan anda hanya mampu
menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya
anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup dengan wang
simpanan yang ada.
Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan
sebagai kais pagi-makan pagi... kais petang makan petang. Zaman
modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni... kais bulan
depan, makan bulan depan ;)
Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak
selamat ini...
#2: Kewangan Selamat
Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya
anda berhenti kerja (atau dinberhentikan :) ) anda mempunyai
simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan.
Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! keran tidak ramai
yang berada di sini.
6 bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu
mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung
pendapatan sara hidup. matlamat utama anda sekiranya anda berada di
tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini... cukupkan simpanan anda
untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!
#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan
Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang
mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di
tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja
ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan
secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga
sampai bila-bila!
Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan
perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih
lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok
melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela...
Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan
berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina
perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet)
atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin
pengurus).
#4: Tahap Terlalu Kaya atau Ultra Rich
Tahap ini lagi la sedikit yang capai... teramat sedikit. Mereka ini
jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang
yang dimiliki. Boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta... (kita
nak dapat beratus ribu pun payah ;) ) nama nama seperti Tan Sri
Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh
Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan.
Itulah 4 tahap kekayaan yang saya kongsikan di "Irfan on Air".
Sekiranya anda ikuti, saya juga kongsikan teknik dan strategi
bagaimana hendak meningkatkan tahap anda dari 1-2-3-dan-4.
Insyaallah saya akan konsikan pada hari lain. Buat masa ini, kita
faham dulu kedudukan kewangan kita...
Soalan cepu gangsa pada hari ini...
Anda berada dalam kedudukan yang mana? ;)
Jom Join Program Perintis Jutawan untuk memperbaiki tahap kewangan anda!!






