Kad nama memainkan peranan penting untuk mempromosikan perniagaan kita. Jadi saya telah pun menyiapkan design Kad nama perintis jutawan, ia bukan sekadar kad tapi pengiklanan yang berkesan.
Bagi usahawan seperti kita, ia salah satu cara promosi dan memudahkan para pelanggan kita untuk menghubungi kita kembali. Bayangkan dengan modal serendah RM0.25 sekeping, anda berpotensi mendapat rakanniaga yang akan membantu anda menjana wang ratusan ribu ringgit malah mungkin jutaan ringgit.
Kad adalah salam ta'aruf atau salam perkenalan kita dengan para pelanggan. Samada kita berniaga atau bekerja, ia amat diperlukan. Ia merupakan 'pandangan pertama' para pelanggan terhadap perniagaan/diri kita.
Awas! Kad nama yang cetakkannya pudar, rekabentuk ala kadar, penggunaan warna yang tidak sesuai dengan imej perniagaan, penggunaan kertas yang tidak berkualiti akan memberi impak dan kesan negatif kepada perniagaan kita walaupun perkhidmatan atau perniagaan kita adalah yang terbaik. Pastikan kad nama kita 'menyerlahkan' kredibiliti diri dan perniagaan kita.
Tahukah anda? Berapa kad nama perlu diberi kepada pelanggan anda? satu? dua? tiga? Sebagai permulaan ketika bertemu, sudah tentulah hanya satu kad nama yang diberi. Sebagai ahli perniagaan sudah tentu kita mengharapkan pelanggan kita akan menghubungi kita bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan.
Bagi pelanggan yang 'slow' untuk menghubungi kita, kita digalakkan memberi satu lagi kad nama kita. Bukankah kita telah memberinya sebelum ini? Benar! Tapi kajian (oleh pakar motivasi) menunjukkan, kad nama yang diberi secara berulang-ulang lebih memberi kesan kepada pelanggan kita.
Kenapa? Kad nama sebenarnya adalah promosi perniagaan kita. Promosi yang dijalankan secara berulang-ulang sudah tentu memberi kesan. Sebab itulah iklan di televisyen ditayangkan berulang-ulang kali (kebanyakkan iklan, telah kita hafal dialognya!) Hebat bukan? Kesan dari promosi yang berulang-ulang akan menyebabkan pelanggan kita ingat nama dan syarikat kita. Seterusnya perkhidmatan yang kita tawarkan.
Sesetengah individu dan perniagaan, tidak perasan tentang promosi melalui kad nama. Kad nama dilihat sebagai maklumat asas sahaja. Tidak hairanlah bagi sesetengah orang, untuk menghabiskan 100 keping kad nama dalam setahun pun begitu susah. Akhirnya, perniagaan @ jawatan serta alamat telah berubah dan kad yang masih banyak terpaksa dibuang. Oleh itu, selalulah kita memberikan kad berulang kali walaupun kepada orang yang sama. Ingat, kad nama bukan sekadar kad, ia adalah iklan & promosi. (Kini! 200 keping bukan masalah untuk ANDA!)
Jadi di sini saya lampirkan design kad nama untuk Perintis Jutawan. Ahli-ahli Perintis Jutawan boleh mendapatkan kad ini dengan hanya RM50 ( 200 keping ).Sila buat bayaran kepada saya di akaun maybank 151306655532 (Mohd Najib Bin Asaddok)
Selepas buat pembayaran sila SMS nama penuh dan no tel anda yang hendak dimasukkan dalam kad nama pd no saya 013-7782030 (Emel : najib4040@gmail.com)

No comments:
Post a Comment