Sunday, November 29, 2009

Pinjaman AEON Credit

Salam.



Bagi sesiapa yang prospek nya bekerja swasta boleh dapatkan pinjaman peribadi dari AEON Credit. Maksimum loan RM4999

Download maklumat tentang pinjaman link di bawah ini

Pinjaman AEON

Monday, November 9, 2009

Aktiviti Memasang Banner PPJ Di Segamat

Aktiviti Panjat memanjat

Sempat lagi bergambar tgh2 mlm buta ni

Traffic Light Bukit Siput



Khairul tgh memanjat ala spiderman



Spiderman segamat tgh gantung banner




2 Orang jejaka di depan banner @ Second Link Segamat



Assalamualaikum..

Cuma nak kongsi gambar2 pemasangan banner Perintis Jutawan di sekitar Bandar Segamat. 2 lokasi yang telah kami pasang ialah

1. Traffic light Second Link Segamat ( Berhampiran Jakel )
2. Traffic Light Bukit Siput

Tukang panjat terdiri daripada
1. Najib
2. Khairul
3. Ridzuan

Semoga banner ni mendapat sambutan dan program PJ di Segamat akan dihadiri sekurang2nya 50 orang

Sunday, November 8, 2009

Inisiatif Lain Untuk Menarik Peserta


Salam

Ini contoh salah satu cara yang dibuat oleh saudara Khairul dari Segamat untuk menarik peserta datang ke Program Perintis Jutawan. Dia telah menempah banner untuk digantung di tempat2 yang strategik. Kos cuma RM150 sahaja

Size : 15 x 4 kaki

Saturday, November 7, 2009

Friday, November 6, 2009

Design Bisnes Kad Perintis Jutawan

Assalamualaikum

Kad nama memainkan peranan penting untuk mempromosikan perniagaan kita. Jadi saya telah pun menyiapkan design Kad nama perintis jutawan, ia bukan sekadar kad tapi pengiklanan yang berkesan.

Bagi usahawan seperti kita, ia salah satu cara promosi dan memudahkan para pelanggan kita untuk menghubungi kita kembali. Bayangkan dengan modal serendah RM0.25 sekeping, anda berpotensi mendapat rakanniaga yang akan membantu anda menjana wang ratusan ribu ringgit malah mungkin jutaan ringgit.

Kad adalah salam ta'aruf atau salam perkenalan kita dengan para pelanggan. Samada kita berniaga atau bekerja, ia amat diperlukan. Ia merupakan 'pandangan pertama' para pelanggan terhadap perniagaan/diri kita.

Awas! Kad nama yang cetakkannya pudar, rekabentuk ala kadar, penggunaan warna yang tidak sesuai dengan imej perniagaan, penggunaan kertas yang tidak berkualiti akan memberi impak dan kesan negatif kepada perniagaan kita walaupun perkhidmatan atau perniagaan kita adalah yang terbaik. Pastikan kad nama kita 'menyerlahkan' kredibiliti diri dan perniagaan kita.

Tahukah anda? Berapa kad nama perlu diberi kepada pelanggan anda? satu? dua? tiga? Sebagai permulaan ketika bertemu, sudah tentulah hanya satu kad nama yang diberi. Sebagai ahli perniagaan sudah tentu kita mengharapkan pelanggan kita akan menghubungi kita bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan.

Bagi pelanggan yang 'slow' untuk menghubungi kita, kita digalakkan memberi satu lagi kad nama kita. Bukankah kita telah memberinya sebelum ini? Benar! Tapi kajian (oleh pakar motivasi) menunjukkan, kad nama yang diberi secara berulang-ulang lebih memberi kesan kepada pelanggan kita.

Kenapa? Kad nama sebenarnya adalah promosi perniagaan kita. Promosi yang dijalankan secara berulang-ulang sudah tentu memberi kesan. Sebab itulah iklan di televisyen ditayangkan berulang-ulang kali (kebanyakkan iklan, telah kita hafal dialognya!) Hebat bukan? Kesan dari promosi yang berulang-ulang akan menyebabkan pelanggan kita ingat nama dan syarikat kita. Seterusnya perkhidmatan yang kita tawarkan.

Sesetengah individu dan perniagaan, tidak perasan tentang promosi melalui kad nama. Kad nama dilihat sebagai maklumat asas sahaja. Tidak hairanlah bagi sesetengah orang, untuk menghabiskan 100 keping kad nama dalam setahun pun begitu susah. Akhirnya, perniagaan @ jawatan serta alamat telah berubah dan kad yang masih banyak terpaksa dibuang. Oleh itu, selalulah kita memberikan kad berulang kali walaupun kepada orang yang sama. Ingat, kad nama bukan sekadar kad, ia adalah iklan & promosi. (Kini! 200 keping bukan masalah untuk ANDA!)

Jadi di sini saya lampirkan design kad nama untuk Perintis Jutawan. Ahli-ahli Perintis Jutawan boleh mendapatkan kad ini dengan hanya RM50 ( 200 keping ).


Klik pada gambar utk besarkan



Sila buat bayaran kepada saya di akaun maybank 151306655532 (Mohd Najib Bin Asaddok)

Selepas buat pembayaran sila SMS nama penuh dan no tel anda yang hendak dimasukkan dalam kad nama pd no saya 013-7782030 (Emel : najib4040@gmail.com)

Monday, November 2, 2009

Tarikh-Tarikh Prebiu November 2009

Assalamualaikum

Alhamdulillah Prebiu kita pada bulan Oktober 2009 telah berjaya diadakan dan beberapa orang telah mendapat pendapatan lumayan. Tahniah pada saudara Kasmi yang berjaya capai rank Director. Tak lupa penghargaan terima kasih pada penggerak utama program Kamal, Hafifi, Khairul, Imam Rahman, Kak Timah/Abg Musa, Kak Norizah&En Nassir.

InsyaAllah pada bulan November ini kita akan mengadakan sekali lagi prebiu Perintis Jutawan. Jadual adalah seperti berikut:

18/11/2009 Rabu - Hotel Seri Malaysia Johor Bahru
20/11/2009 Jumaat - Hotel Anika Kluang
21/11/2009 Sabtu - Hotel Neo Pegasus Segamat
24/11/2009 Selasa - Hotel Garden Batu Pahat

Kepada Konsultan jangan lupa untuk masuk nombor tel anda di iklan harian Metro. Saya amat galakkan setiap Konsultan masuk iklan untuk 2 keluaran. Konsultan lama pastikan juga rakaniaga baru anda masuk untuk 2 keluaran.

Tarikh Iklan - 10/11/09 dan 17/11/09 (Selasa)
Due Date Untuk Bayaran - 5/11/2009

Harap dapat selesaikan iklan cepat untuk memudahkan pengurusan.
Bank in ke akaun saya Maybank 151306655532 Mohd Najib Bin Asaddok

Selepas bank in harap SMS utk maklumkan pd saya - 013-7782030

Kerjasama anda amat saya hargai. Semoga semua Konsultan dan Rakaniaga PPJ akan berjaya !!